Edaran Kurma & Nasi Arab Sempena Ramadhan

Pengagihan Nasi Arab Talam oleh Pengarah Eksekutif En. Mohd Zhafran bin Fauzi kepada staff teknikal En Fakhrul

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan tahun ini, pihak syarikat telah bersetuju mengagihkan kurma dan nasi arab talam kepada semua staff pengurusan dan teknikal (plant) pada 28 April 2021.

Pengagihan Nasi Arab Talam oleh Pengarah Urusan Puan Aisya Syahirah Binti Dato Ir Shaari kepada wakil staff pengurusan Cik Marlini binti Mustafa
Pengagihan Nasi Arab Talam oleh Pengarah Eksekutif En. Mohd Zhafran bin Fauzi kepada wakil staff teknikal En Ma Udeng
Pengagihan Nasi Arab Talam oleh Pengarah Urusan Puan Aisya Syahirah Binti Dato Ir Shaari kepada wakil pemandu lori mixer En Sakeri bin Hassan
Pengagihan Nasi Arab Talam oleh Pengarah Eksekutif En. Mohd Zhafran bin Fauzi kepada wakil pemandu lori mixer En Shaari Bin Kamal

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

من فطر صائما كان له مثل أجره ، غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi no 807, ia berkata: “Hasan shahih”)

Pepatah juga ada menyebut “Di dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain”. Di dalam kemeriahan suasana bulan Ramadhan kali ini, dengan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang pastinya diharapkan ganjaran pahala dan keredhaan dari Nya.

Semoga dengan pemberian kurma dan nasi arab talam akan memberikan sedikit makna untuk dikongsi bersama insan insan tersayang.